Tuesday, 27 November 2012

Realiti Kehidupan



saya telah berkunjung ke Alamanda, Putrajaya bersama sahabat baik. masing-masing ingin melepaskan tekanan  yang membelenggu diri di akhir semester ini. peperiksaan semakin hampir. tugasan menghampiri tarikh tamatnya. kami memilih Alamanda kerana suasananya tidak begitu sesak dengan pengungjung dan membuatkan kami selesa untuk berjalan-jalan. pelbagai ragam dan karenah manusia yang ditemui. begitulah realiti hidup manusia. melihat satu keluarga berkumpul menerbitkan rasa rindu saya terhadap keluarga di Kuala Kangsar. serta merta wajah emak muncul di fikiran saya. ya. dia seorang ibu yang sangat tabah dan luar biasa bagi kami adik beradik. emak bersusah payah membesarkan kami adik beradik sejak arwah ayah pergi meninggalkan kami semua. segala keinginan kami dipenuhi oleh beliau. emak hanya mahu melihat kami semua tersenyum. kasih sayang ibu terhadap anaknya tidak ternilai. kami hanya ingin berbakti kepada emak. kakak sudah berjaya memberikan emak segulung ijazah dari USM untuk emak dan arwah ayah. kini,  tinggal saya dan adik untuk menghadiahkan emak kejayaan sebagai membalas jasa emak yang bersusah payah membesarkan kami semua. saya masih mencari tokoh yang istimewa. oh ya, mungkin "Dia" yang saya cari selama ini adalah ibu kandung saya. yang mengajar saya erti kehidupan. yang sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar masalah anaknya. ibu adalah wanita yang paling hebat dalam hidup saya. saya harus segera membuat pilihan kerana masa mencemburui saya. semoga saya dapat menghasilkan sebuah cerpen yang menarik dan bereksperimental

No comments:

Post a Comment