"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
Friday, 30 November 2012
Inspirasi
BAGAIMANA SAYA MENULIS. Hasil susunan Dr Mawar Safie dan Nisah Haron menampilkan proses penciptaan cerpen yang menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan cerpen mereka yang pernah disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan. Buku ini juga memberi pendedahan berkenaan proses penulisan cerpen melalui karya pilihan yang dijadikan paksi perbincangan, iaitu setiap penulis menerangkan proses kreatif mereka dengan menyentuh latar, pengalaman peribadi dan perwatakan. buku ini teks wajib dalam kursus penulisan kreatif. buku ini sebagai sumber inspirasi saya untuk menghasilkan sebuah cerpen yang menarik. oh ya, saya masih mengharapkan "Dia" muncul di fikiran saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment