Monday, 26 November 2012

La TahZan (Jangan Bersedih)


Kehidupan manusia seringkali di uji. kadangkala kita sering terjatuh, dan kita berusaha untuk bangkit dari kekecewaan.

Kenapa ini semua berlaku? kerana itulah sunatullah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bahawa kehidupan dunia ini adalah satu ujian untuk makhluk yang bernama manusia.  Hakikatnya manusia atau insan itu apabila jiwa dia sentiasa dengan Allah, hatinya sentiasa dengan Allah, insan itu akan mampu menghadapi dugaan dan ujian hidup ini dengan tenang dan mudah sekali kerana dia yakin Allah sentiasa ada bersama dengan hambanya. Yakinlah hanya mereka yang tidak ada hubungan dengan Allah sahaja akan sentiasa gusar, rungsing, kecewa dan sedih dengan setiap ujian dan dugaan kehidupan yang dihadapi olehnya. 

*"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."

1 comment:

  1. Tahniah kepada saudari atas kewujudan membina blog ini. Moga terus menulis dan berkongsi ilmu.

    Tahniah juga kepada Dr Mawar yang telah berjaya membimbing pelajar-pelajarnya.

    ReplyDelete