Nak dijadikan cerita pakcik ini tersalah jalan masuk Seremban dari Gombak dan terus ikut bukit putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka melalui Tampin. katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari Gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di Nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di Kuala Pilah.
Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari Melaka ni aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pakcik ini lalui tadi" ... apabila sudah habis selesai di IPG (instutut perguruan), balik terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi.
Cuba kita bayangkan pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ini dengan beg dan bekalan mereka.sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni.di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ini pada hari jumaat ini "pakcik tidak perlu lah ambil anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"..
Sayu hati melihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri. semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada keluarga pakcik ni.
Pada semua, hargailah ayah, bapa, walid, daddy, papa, dan baba kita selagi mereka masih hidup.kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.

Asma
ReplyDeletesemoga banyak ilham!
syahdunya..
ReplyDeletefrom ::Arkitek Hati::