Tuesday, 4 December 2012

Pelayaran


Hidup umpama sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, kitalah nakhoda yang mengemudi kapal, menentu arah tujuan. Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya. Kapal yang sekadar berada di pelabuhan tidak akan terserlah kejatidirian sekiranya ia tidak berlayar di tengah lautan yang penuh dengan cabaran, rintangan dan perjuangan. Ya, saya akui bahawa orang yang mengemudi sesebuah kapal adalah seorang yang hebat. bukan tugas yang senang untuk mengemudi sebuah kapal yang besar tanpa mempunyai kemahiran. moga "dia" seiring bersama saya untuk mengemudi kapal menuju ke tempat pelabuhan.



No comments:

Post a Comment