Sunday, 25 November 2012

Sepi: Begitu Menyentuh Hati

SEPI. sudutan cerita ini dipaparkan sewaktu kuliah, dengan harapan kami mendapat ilham untuk mengarang cerpen. cerita ini memaparkan tentang watak seorang perempuan yang bernama Suzie yang terlampau obses terhadap Adam. malangnya, Adam tidak berasakan bahawa dia mampu memilih Suzie sebagai isteri. Suzie bukanlah seorang gadis yang boleh disifatkan sebagai 'normal' kerana dia mampu berbuat apa saja di depan orang. Sepi Adam kemudian berlalu pergi apabila dia akhirnya ditemukan dengan seorang wanita yang dicintainya, Ilyana. 
cerita ini menampilkan dua watak perempuan yang berbeza tetapi memiliki keistimewaan yang tersendiri. sudutan cerita tersebut sedikit sebanyak memberi ilham untuk memilih menghasilkan cerpen eksperimental. oh, ya. saya masih mencari tokoh yang mampu menarik perhatian. mungkin watak perempuan di dalam cerita ini? semuanya masih berlegar-legar di dalam fikiran saya. 


*sedutan dari filem SEPI
"Bisikku pada bulan 
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini  kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)



4 comments:

  1. Sangat menarik.. Ayuh kita terus mengorak langkah mengejar apa yang kita impikan.. Mungkinkah Dia?

    ReplyDelete
  2. mungkin dia. dua wanita yang berlainan personaliti tetapi mampu menjadi yang luar biasa demi seorang lelaki. ayuh kita bereksperimental.

    ReplyDelete
  3. Atau mungkin dia yang berlegar di luar sana...

    ReplyDelete
  4. atau mungkin orang yang berada disekeliling kita?teman sebilik mungkin?

    ReplyDelete